Sunday, December 18, 2016

KAMPILAN SENJATA YANG MEMBUKTIKAN ORANG MELAYU TIMUR/IRANUN HADIR DALAM DUNIA PELAYARAN NUSANTARA


Kampilan itulah yang membuktikan bahawa memang orang Iranun pernah hadir dalam dunia pelayaran Nusantara sekitar abad ke-17 dan 18. Tetapi di Lingga dan Indragiri jelas menunjukkan bahawa mereka keturunan angkatan Tempasuk. Setelah sekian lama berasimilasi dengan komuniti tempatan, dan berlakuknya kahwin campur,generasi ketiga dan keempat kemudian dikenali sebagai Suku Melayu Timur. 
Ferdinand Magellan khabarnya mati selepas dilibas dengan Kampilan oleh Datu Lapu-Lapu di Mactan pada 27 April 1521.Saya kurang pasti apa keturunan Datu Lapu-Lapu itu. Apa yang pasti Kampilan adalah salah satu senjata yang digunakan oleh orang Iranun dalam pelayaran mereka ke seluruh wilayah nusantara terutamanya pada abad ke-17 dan ke-18 ketika pengaruh dan peranan mereka masih dominan di rantau ini. Selepas keberadaan mereka seolah lenyap pada abad ke-19, peranan Kampilan yang dibangga-banggakan akhirnya mengecil dan surut dalam sejarah. Ketika tukang-tukang besi satu demi satu pergi, tanpa meninggalkan pengganti, semakin jarang ditemui orang yang pandai membuat kampilan. Senjata yang ada dianggap pusaka turun-turun temurun. Akhirnya hanya menjadi besi tua, kehilangan sarung, tidak dipedulikan lalu akhirnya tidak memberi makna apa-apa


Hakikat bahawa Kampilan, satu ketika dahulu, jadi senjata utama dalam perang yang melibatkan orang-orang Iranun melawan kolonialisme, tidak dapat dinafikan lagi.Namun selepas mereka dikalahkan, kampilan terjatuh dalam laut atau terkubur dalam sungai yang bersimbah darah atau jika ada yang tertinggal, ia tersimpan dalam rumah, tidak lagi berfungsi dan dilupakan. 

Meski demikian, kampilan tetap memiliki magis yang tersendiri. Selepas saya menulis mengenainya dalam blog, ramai yang bertanya dan ingin tahu lebih mendalam mengenai kampilan. 

Salah seorang yang bertanya mengenai Kampilan ialah seseorang yang menamakan dirinya Datok Kuning.Beliau berasal dari Senayang, Kabupaten Lingga. Orangtuanya dari Mepar, juga dari Kabupaten Lingga.


Pernah nampak Kampilan itu? Saya bertanya.


 “Kebetulan datok saya punye. Kampilan itu ade same adek bapak saye yang paling kecil. Tinggalnya di Mepar. Dari dulu saye nak tau asalnya dari mane?” Tulisnya dalam bahasa Melayu. Masih kental dengan logat Lingga. 


Pusaka?

 “Ya encik, pusaka turun temurun.Kebetulan bapak paling tue saudare laki laki sekarang dah almarhum.Yang tinggal adeknye paleng kecik”. Saya memberitahu bahawa satu ketika dahulu, Mepar juga pernah tempat penting dalam sejarah penentangan terhadap kuasa Eropah. 

Itulah yang saye nak tau?


Pada tahun 1786, Sultan Mahmud dan Raja Indera Bongsu meminta bantuan dari Raja Tempasuk. Untuk mengusir Belanda dari Tanjung Pinang. Angkatan Tempasuk itu tiba pada tahun 1787, tepatnya bulan Mei. Maka berlakulah perang yang dahsyat dan penjajah Belanda terusir dari Tanjung Pinang.. Raja Ali Al-Haji Riau mencatatkan peristiwa itu dalam Tuhfat al Nafis yang dirumikan oleh Inche Munir bin Ali daripada naskhah Jawi dan diterbitkan di Singapura pada 1932.


“Maka lanun pun naiklah ke darat diamuknya Tanjuog Pinang itu, maka dilawan oleh Holanda lalu beramok, maka banyaklah Holanda2 itu mati. Lalu ia diturunkan ka kichi-nya.Mana2 yang hidup ada yang turun ke sebelah semangka-nya belayar ia ke Melaka yang mana hidupnya. Kata Kaul” Adalah Kichi itu sangkut maka di-kerumunkan oleh berangi2 lagi, maka alah-lah Kichi itu dan kubu yang di Tanjong Pinang itu pun`dapat-lah dan sa-ekor Holanda pun tiada tinggal dalam negeri Riau lagi” 

Selepas itu Raja Tebok dan Raja Alam serta lanun yang banyakpun menghadaplah kepada baginda.Maka diperjamulah oleh baginda serta diperbaiki hatinya dan dipelihara dan dipermuliakan atas sepatutnya,Maka duduklah baginda itu bersama-sama raja Lanun itu di dalam Riau serta Raja Indera Bungsu. Adalah berlaku pekerjaan ini Hijrah Sunnah 1215, kemudian daripada itu raja-raja Lanun itu pun bermohonlah balik ke Tempasuk semuanya, melainkan Raja Muda Okma yang tinggal di dalam Riau.Kemudian datang Tok Lukus dan Akus memperhambakan dirinya kepada Sultan Mahmud serta bersumpah setia tiada berniat salah dan tiada berniat derhaka kepada Sultan Mahmud.

Menurut Prof James F Warren, seorang sejarawan terkenal, generasi ketiga orang Iranun yang tidak pulang itu akhirnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan dan menjadi orang Lingga. 


Soalnya dimana orang-orang itu sekarang? Raib begitu saja dalam peta sejarah dan tanpa meninggalkan sebarang jejak. Untuk ditelusuri. 


Satu-satunya bukti yang menunjukkan bahawa mereka adalah keturunan Iranun atau mempunyai kaitan dengan Iranun ialah kerana mereka memiliki kampilan. 








Kampilan itupun hampir menjadi besi tua yang tersembunyi dalam lipatan kain sejarah yang sudah hancur dimakan usia. 








Kampilan itulah yang membuktikan bahawa memang orang Iranun pernah hadir dalam dunia pelayaran Nusantara sekitar abad ke-17 dan 18. Tetapi di Lingga dan Indragiri jelas menunjukkan bahawa mereka keturunan angkatan Tempasuk. Setelah sekian lama berasimilasi dengan komuniti tempatan, dan berlakuknya kahwin campur,generasi ketiga dan keempat kemudian dikenali sebagai Suku Melayu Timur. 




Kampilan, menurut seorang sarjana Iranun, Jamaluddin Moksan yang kini sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang sejarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), adalah senjata perang Iranun. Ciri-ciri kampilan agak ringan dan panjang lebih kurang 1M hingga 1.15M. Tajam pada sisi bilahnya, kemudian semakin melebar pada hujung kampilan. Rekabentuk sebegini dari segi taknikal akan menambah momentum dalam membuat ayunan tangan. Sekali cantas boleh memenggal kepala musuh. Hulunya agak panjang dapat digunakan dengan kedua belah tangan. Mempunyai pelindung tangan dipanggil sampak dengan bahagian ulu seperti kepala buaya. Senjata kampilan paling ditakuti oleh penjajah Eropah apabila bertempur secara berhadapan " Face to Face. 

2 comments:

  1. Saye bace ade jual kampil ni di Filipina. Rerase saye nak meli kampil tu, untuk di rumah.

    Terima kasih atas informasinya mengenai Melayu Timur.
    Bagi yang ingin mengetahui lebih rinci mengencai bahasa (Cakap) Melayu Timur boleh lah check akun youtube saya:

    https://www.youtube.com/channel/UCmSWoGNVRwYvWI7-_w27GMQ

    terime kasih :).

    ReplyDelete